terengganu.uitm.edu.my

Banner
HOME: Mengenai Kami Koleksi Koleksi Rujukan Terkawal

Koleksi Rujukan Terkawal

E-mail Print PDF

Koleksi Rujukan Terkawal merupakan koleksi bahan yang hanya digunakan sebagai rujukan dalaman sahaja dan tidak dibenarkan untuk dipinjam atau dibawa keluar daripada perpustakaan. Koleksi ini menempatkan bahan-bahan rujukan dari pelbagai bidang pengkhususan. Koleksi rujukan mempunyai awalan ‘ruj’ pada label di tulang belakang buku (spine label) dan hanya untuk rujukan di dalam Perpustakaan sahaja. Beberapa faktor sesuatu bahan ditempatkan di dalam koleksi ini adalah disebabkan:

1. Nilai harga belian sesuatu bahan yang mahal. Bahan yang bernilai RM2,000 dan ke atas akan dikelaskan sebagai bahan rujukan.
2. Kuantiti bahan yang terhad dan sukar diperolehi.
3. Bahan tersebut telah dikenalpasti sebagai bahan rujukan

 

Jenis-jenis Bahan Rujukan

Abstrak Ringkasan kepada isi kandungan sesebuah karya.
Almanak Sebuah buku yang mengandungi maklumat seperti tarikh, kejadian astronomi, perayaan, cuti umum, statistik dan lain-lain. Almanak terdapat dalam bentuk almanak umum atau berkaitan dengan subjek tertentu.
Atlas Gabungan dari beberapa peta yang dikumpulkan dalam sebuah buku yang  lazimnya berkaitan dengan sesuatu subjek. Mempunyai indeks di bahagian belakang untuk memudahkan pencarian sesuatu kawasan/tempat.
Bibliografi Senarai rujukan/terbitan dari pelbagai sumber seperti buku, jurnal, tesis dan sebagainya.
Biografi Buku yang menceritakan sejarah hidup seseorang yang ditulis oleh orang lain
Buku Panduan/ Handbook Buku rujukan yang mengandungi maklumat dalam sesuatu subjek, disusun secara sistematik untuk rujukan cepat.
Buku Tahunan / Yearbook Buku yang diterbitkan secara tahunan mengandungi maklumat semasa, sejarah, gambar, statistik dan lain-lain yang berkaitan dalam tahun yang berkenaan bagi sesebuah negara, institusi atau subjek.
Direktori Senarai nama orang, syarikat, institusi, persatuan atau lain-lain yang disusun mengikut abjad. Mengandungi alamat, nombor telefon, nombor faks dan lain-lain maklumat berkaitan yang disusun dalam format yang ringkas. Lazimnya diterbitkan secara berkala.
Ensiklopedia Buku atau beberapa jilid buku yang memberi maklumat dalam pelbagai bidang perkara atau perkara tertentu sahaja yang disusun secara berabjad.
Glosari Senarai atau daftar perkataan atau istilah dalam bidang tertentu yang diberikan penjelasan, penerangan atau huraian tentang maknanya. Sebuah glosari biasanya hanya mengandungi perkataan atau istilah dalam sesuatu bidang yang khusus yang disusun mengikut abjad.
Indeks Senarai berabjad nama orang, tempat, perkara yang terkandung di dalam sesebuah karya/bahan yang diterbitkan. Senarai ini memberi rujukan/penunjuk seperti nombor muka surat bagi setiap item di mana ia boleh dijumpai.
Kamus Buku yang memberi keterangan erti perkataan. Umumnya kamus terbahagi kepada dua iaitu kamus satu bahasa dan kamus dwi bahasa. Terdapat juga kamus khas dalam subjek tertentu. Perkataan dalam kamus disusun mengikut abjad.
Tesaurus Memberi perkataan  seerti dan berlawanan untuk perkataan yang disenaraikan di dalamnya