Navi: Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Bahagian Hal Ehwal Pelajar - Pengenalan

Latar Belakang Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) adalah salah satu jabatan penting di UiTM. Ia khususnya ditubuhkan untuk memberi khidmat berkenaan kebajikan pelajar. Pelbagai pendekatan telah diambil dan beberapa perubahan juga telah dibuat dari segi pentadbiran dan pengurusan sistem bagi membolehkan perkhidmatan terbaik dan cekap diberikan kepada pelajar. HEP bersama-sama bertanggungjawab menghasilkan graduan bumiputera yang berilmu dan berkelakuan baik.

Fungsi HEP

  • Membantu pelajar-pelajar UiTM dari segi kebajikan, keselesaan dan keselamatan serta menyelaraskan urusan bantuan kewangan dan biasiswa.
  • Mewujudkan tabung khas seperti Tabung Kebajikan Pelajar, Tabung Kecemasan Pelajar, dan Tabung Kurikulum Pelajar.
  • Menyediakan kemudahan penginapan/kolej.
  • Menyelaraskan aktiviti dan pergerakan pelajar di sekitar universiti serta aktiviti bersama institusi-institusi pendidikan lain dan pertubuhan luar, bagi memastikan pelajar memenuhi keperluan kerohanian dan keperluan global. Ini juga dapat memberi pendedahan awal terhadap alam pekerjaan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Web Rasmi Bahagian Hal Ehwal Pelajar
lain-lain link