Sepintas Lalu
UiTM Terengganu Kampus Kuala Terengganu sebelum ini di kenali sebagai Kolej Yayasan Terengganu(KYT), sebuah Kolej Bersekutu UiTM yang pertama di Malaysia. Ianya bermula pada 18 Disember 1991, satu M.O.U antara Yayasan Terengganu dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah melahirkan Kolej Bersekutu yang pertama yang berfungsi sebagai Institusi Pendidikan yang bertujuan membantu anak tempatan untuk berdaya saing dalam pelbagai bidang.
Pada 1 Januari 2008, UiTM telah bersetuju untuk mengambilalih KYT secara lock, stock and barrel untuk dijadikan UiTM Terengganu Kampus Kuala Terengganu. Pada masa ini UiTM Kampus Kuala Terengganu menempatkan lebih 1000 orang siswa siswi dan akan bertambah dari masa ke semasa dan turut mengalami pembangunan infrastruktur yang sejajar dengan keperluan semasa.
Antara program yang ditawarkan di UiTM Kuala Terengganu adalah:-
Program Sijil (MDAB)
1. PD007 - Pra Sains
Program Diploma
1. AC110 : Diploma Perakaunan
2. BM118 : Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat
3. AD111 : Diploma Seni Reka & Seni Lukis (Seni Reka Grafik & Media Digital)
4. AD112 : Diploma Seni Reka & Seni Luki (Seni Reka Tekstil)
5. AS120 : Diploma Sains
6. BM111 - Diploma Pengurusan Perniagaan































