|
UiTM (Terengganu) - Penganjur Program Menderma Darah Paling Aktif |
|
|
|
|
Wednesday, 05 October 2011 13:24 |
|
UiTM Terengganu telah dinobatkan sebagai Penganjur Program Menderma Darah yang PALING AKTIF di Negeri Terengganu pada Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia, Peringkat Negeri Terengganu 2011 yang dilangsungkan di Dewan Balai Kenanga, Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, Terengganu pada 26 September 2011 baru-baru ini. Kampus ini telah diletakkan dalam kategori Institusi Pengajian Tinggi dan telah mengalahkan semua instituti pengajian tinggi yang lain bagi jumlah darah yang dipungut di Terengganu.
1. Universiti Teknologi MARA (Terengganu) 2. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu 3. Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Gong Badak, K. Terengganu 4. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu 5. Kolej Teknologi Bestari, Setiu Terengganu 6. Kolej Islam, Sains dan Teknologi (KIST), Hulu Terengganu 7. Kolej INFORANA, Marang, Terengganu 8. Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) K. Terengganu PBSM ingin mengucapkan tahniah kepada UiTM (Terengganu) dan kepada semua yang telah membantu membawa kejayaan ini. Tema yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun ini adalah "MORE BLOOD MORE LIFE". Pihak penganjur iaitu, Jabatan kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu telah mengadakan anugerah ini setiap tahun sebagai tanda penghargaan kepada penderma darah dan seterusnya menggalakkan mereka untuk terus menderma darah di masa akan datang.
Antara penerima anugerah paling aktif yang lain adalah: 1. Penderma darah paling aktif Negeri Terengganu YM Tengku Sharun Tengku Hussin (106 kali) 2. Penderma Aferesis Paling Aktif Encik Mohd Fadhillah bin Ismail (11 kali) 3. Penderma darah wanita Paling Aktif Negeri Terengganu Puan Kho Geok Lam (62 kali) 4. Penderma Kumpulan Darah Jarang (Rh(D) negative) Encik Wan Bakri bin Wan Jamal (39 kali) 5. Anugerah Khas Penderma Darah (Encik Mahadzir Ahmad (105 kali)
Staf UiTM (Terengganu) yang menerima penghargaan adalah Encik Ruslan bin Mohamad yang telah menderma sebanyak 47 kali.
|
|
Last Updated on Wednesday, 05 October 2011 13:29 |