Anjung Anjung Pengumuman Permohonan Program Pra Diploma MDAB
  • UiTM Terengganu, A Resort Campus
  • UiTM Terengganu, A Resort Campus
  • UiTM Terengganu, A Resort Campus
  • UiTM Terengganu, A Resort Campus
  • UiTM Terengganu, A Resort Campus
  • UiTM Terengganu, A Resort Campus
  • UiTM Terengganu, A Resort Campus
Permohonan Program Pra Diploma MDAB PDF Print E-mail

Adalah dimaklumkan, permohonan ke program Pra Diploma MDAB telah dibuka. Sekiranya berminat, hendaklah memohon dengan kadar segera. Borang boleh dapatkan daripada Cik Raslina Mohamed  Nor  (Koordinator unit MDAB, Bilik KP06 - Blok Intelek) atau En. Mohd Nasrul Mizan (Penolong Pendaftar, Bahagian Pentadbiran).

Penubuhan program MDAB (Mengubah Destini Anak Bangsa) adalah bertujuan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan Bumiputera yang berpendapatan (gaji kasar) ibubapa kurang dari RM2,000 sebulan.

Syarat-syarat kemasukan ke program PD002 (Pra Diploma Perdagangan):
1) Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia
2) Lulus Matematik/Matematik Tambahan
3) Lulus Bahasa Inggeris

Syarat-syarat kemasukan ke program PD007 (Pra Diploma Sains):
1) Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia
2) Kredit Matematik/Matematik Tambahan
3) Lulus Bahasa Inggeris
4) Lulus salah satu (1) matapelajaran berikut: Fizik, Kimia, Biologi, atau Sains Tambahan

Umur pemohon hendaklah tidak melebihi 23 tahun semasa tarikh permohonan.

*Pihak UiTM berhak menolak permohonan/menarik balik surat tawaran sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu.

Bersama-sama ini dilampirkan borang-borang berkaitan untuk memohon kemasukan MDAB.
• Borang Permohonan
• Borang Pengesahan Pendapatan

Pautan:
• Facebook Unit MDAB UiTM (Terengganu) – Kampus Dungun

Last Updated on Monday, 05 March 2012 10:54
 

:: Pengunjung Hari Ini ::

We have 615 guests online

:: Statistik Pengunjung ::

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini221
mod_vvisit_counterSemalam635
mod_vvisit_counterMinggu Ini3279
mod_vvisit_counterBulan Ini14472
mod_vvisit_counterJumlah2761250

Mutiara Kata

"Percayalah bahawa berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk melangkah ke hadapan".

 

"Ketahuilah wahai anak, bahawa bermulanya sebuah kehidupan adalah melalui rahim seorang ibu, maka tiadalah jalan lain ke syurga melainkan keredhaan ibumu".

 

"Sesungguhnya ilmu dan ibadah itu adalah tuntutan agama, maka setiap amalan yang dilakukan haruslah berlandaskan ilmu agar tidak terpesong dari kebenaran".

 

" Usaha yang murni jika disertai dengan hati yang ikhlas dapat memupuk diri untuk sedia membantu dalam apa jua keadaan".