Anjung Program Ditawarkan Diploma AM110 - Diploma Pentadbiran Awam
AM110 - Diploma Pentadbiran Awam PDF Print E-mail
Thursday, 19 March 2009 16:30

Kursus ini dijalankan secara separuh masa selama enam (6) hingga sembilan (9) semester dan juga sepenuh masa. Ia bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan khususnya mereka yang sedang berkhidmat dalam agensi-agensi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan juga dalam badan-badan berkanun. Kursus ini juga sesuai untuk pemegang jawatan tertentu dalam sektor swasta seperti pegawai pentadbir, pegawai personel, pegawai perhubungan perusahaan dan eksekutif pelatih. Lulusan kursus ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sama ada di dalam atau luar negeri dalam bidang seperti pengurusan perniagaan, pentadbiran, sains politik, ekonomi dan undang-undang.

Skop Kursus
Kursus ini meliputi aspek teori kerajaan dan pentadbiran, struktur dan operasi kerajaan serta kaedah pentadbiran dan pengurusan. Ia juga mencakupi bidang-bidang lain seperti ekonomi, perakaunan, undang-undang, perhubungan perusahaan dan statistik/matematik perniagaan. Di samping itu, pelajar-pelajar juga dikehendaki mengambil beberapa mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi membantu meningkatkan kemahiran mereka dalam bahasa tersebut. Pendedahan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam membantu menambah kefahaman mereka mengenai Pengetahuan Islam.

Pengambilan
Dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Mei/Jun dan November/Disember.


Kaedah Pembelajaran
Bagi kursus PLK , kuliah diadakan pada sebelah petang/malam (setiap Ahad hingga Khamis) mengikut jumlah kursus yang didaftarkan. Tenaga pengajar terdiri dari pensyarah-pensyarah UiTM sepenuhnya. Bantuan, interaksi, bahan sokongan dan tambahan melalu internet.

Kelayakan Am Masuk
http://www.uitm.edu.my/index.php/bm/kemasukan/pelajar-tempatan

Last Updated on Wednesday, 09 February 2011 13:43
 

:: Pengunjung Hari Ini ::

We have 92 guests online

:: Statistik Pengunjung ::

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini71
mod_vvisit_counterSemalam821
mod_vvisit_counterMinggu Ini4839
mod_vvisit_counterBulan Ini10306
mod_vvisit_counterJumlah2757084

Mutiara Kata

"Percayalah bahawa berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk melangkah ke hadapan".

 

"Ketahuilah wahai anak, bahawa bermulanya sebuah kehidupan adalah melalui rahim seorang ibu, maka tiadalah jalan lain ke syurga melainkan keredhaan ibumu".

 

"Sesungguhnya ilmu dan ibadah itu adalah tuntutan agama, maka setiap amalan yang dilakukan haruslah berlandaskan ilmu agar tidak terpesong dari kebenaran".

 

" Usaha yang murni jika disertai dengan hati yang ikhlas dapat memupuk diri untuk sedia membantu dalam apa jua keadaan".