| Sejarah |
|
|
|
| Sunday, 01 March 2009 10:52 | ||
|
Pada masa itu terdapat 22 bangunan kayu yang digunakan sebagai bangunan pentadbiran, bilik-bilik kuliah, perpustakaan dan asrama siswi. Sementara beberapa bangunan seperti di Union Club, Sungai Udang dan Sungai Buaya dijadikan asrama siswa. Pengubahsuaian bangunan-bangunan dan pembinaan bangunan tambahan di Sura Gate juga dilakukan bagi menampung keperluan pelajar dan staf pada masa itu. Pengubahsuaian tersebut merangkumi 5 buah bangunan lama dijadikan bilik-bilik kuliah, rumah Residen Staf dan surau serta 2 buah stor lama dijadikan Dewan Makan dan 2 blok makmal serta pusat rekreasi pelajar Walaupun kampus tetap di Sura Hujung telah dibina pada tahun 1982, namun kampus Sura Gate masih digunakan untuk Kajian Sains Kesetiausahaan dan Sijil Perkhidmatan Hotel & Restoran. Pada tanggal 30 April 1998, setelah beroperasi selama hampir 23 tahun, kampus Sura Gate akhirnya dikembalikan kepada kerajaan negeri sepenuhnya. Sehubungan dengan itu, semua aktiviti dan penempatan pelajar adalah berpusat di kampus Sura Hujung dengan meninggalkan pelbagai kenangan manis dan pahit. |
||
| Last Updated on Wednesday, 22 February 2012 14:44 |








![]() | Hari Ini | 94 |
![]() | Semalam | 958 |
![]() | Minggu Ini | 94 |
![]() | Bulan Ini | 11287 |
![]() | Jumlah | 2758065 |