|
Ketua Unit : Pn Sarah Syazwani Shah Kamarrudin Ext : 1754 Email :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Pengenalan Unit ini mempunyai 21 kakitangan yang diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat. Unit ini ditubuhkan pada asalnya untuk menyediakan makmal komputer bagi staff dan juga pelajar. Ia hanya bermula dengan 3 buah makmal komputer sahaja. Namun dengan pertambahan pelajar dan kepesatan pembangunan ICT pada masa kini, jumlah makmal komputer telah meningkat kepada 18 Makmal Komputer. Hampir kesemua makmal di kampus ini digunakan sepenuhnya oleh pelajar yang mana makmal dibuka mulai jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Pelajar bebas menggunakan makmal-makmal yang ada sekiranya tiada kuliah dijalankan waktu tersebut. Makmal juga dibuka pada waktu malam sekiranya ada tempahan (melebihi 10 orang pelajar ) dibuat oleh para pelajar. Masa makmal dibuka pada waktu malam adalah 8.00 - 10.00 malam.
Selari dengan kemajuan teknologi maklumat, unit ini berkembang dan peranannya menjadi semakin besar. Sejak itu, peranan unit ini berubah dan skop perkhidmatan diperluaskan ke seluruh kampus. Ini termasuklah prasarana IT disediakan dan segala inrfastruktur / kemudahan IT dapat berfungsi dengan sempurna. Selain itu, bahagian ini juga berfungsi untuk menyelenggara semua peralatan komputer di seluruh kampus ini dan juga menjadi sebagai proxy kepada Pusat Sistem Maklumat Bersepadu, UiTM Shah Alam dalam perancangan berkaitan ICT. Bermula 2010, fungsi unit ini diperluaskan lagi dengan pertambahan fungsi AV.
Bagi melicinkan perkhidmatan teknologi maklumat untuk semua warga kampus, unit ini dibahagikan kepada sub-unit seperti:
- Rangkaian & Keselamatan
- Web & Aplikasi Sistem
- Sokongan Pengguna
- AV
Misi - Menyediakan fasiliti perkomputeran untuk pengguna-pengguna warga kampus
Visi - Mempertingkatkan pengurusan infrastruktur teknologi maklumat dengan teknologi terkini dalam membantu memantapkan pengurusan pentadbiran agar mencapai kecemerlangan ke arah unit bertaraf antarabangsa.
|
|
Last Updated on Sunday, 21 November 2010 11:57 |