|
Kursus Induksi Modul Kursus UiTM Dan Kursus : Modul Umum UiTM
* Salah satu syarat untuk pengesahan dalam jawatan adalah menghadiri Kursus Induksi Modul Kursus UiTM dan Kursus Induksi Modul Umum UiTM.
Kakitangan Yang Layak Mengikuti Kursus
A- Kumpulan I (Pengurusan Dan Profesional)
1.1 Induksi Modul Kursus
- Pegawai UiTM Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Pensyarah serta yang setaraf dengan Kumpulan B.
- Lantikan baru atau dilantik melalui Kenaikan Pangkat Secara Latihan (KPSL) pada atau selepas 01 Januari 1997.
- Belum disahkan dalam jawatan.
1.2 Induksi Modul Umum
- Pegawai Kerajaan/ Badan Berkanun/ Agensi Kerajaan dalam kumpulan pengurusan & profesional/pensyarah serta kumpulan yang setaraf dengan kumpulan B.
- Lantikan baru atau dilantik melalui kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) ke Skim Perkhidmatan yang lebih tinggi pada atau selepas 1 januari 1992.
- Belum lulus Peperiksaan Am Kerajaan.
- Belum disahkan dalam jawatan
PENGECUALIAN DARI MENDUDUKI INDUKSI MODUL UMUM.
- Kakitangan yang telah mengikuti Kursus Induksi Modul Umum dengan jayanya dan kemudian dilantik atau dilantik melalui kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) ke perkhidmatan lain atau ke perkhidmatan yang lebih tinggi dalam kumpulan yang sama.
- Pegawai-pegawai dalam kumpulan yang setaraf dengan kumpulan B yang telah lulus Peperiksaan Am Kerajaan.
Permohonan pengecualian hendaklah dihantar kepada:
Timbalan Pendaftar Bahagian Pengurusan Prestasi Dan Perkhidmatan Kerjaya Jabatan Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Pendaftar Universiti Teknologi Mara 46450 Shah Alam.
Beserta dengan salinan keputusan Peperiksaan Am Kerajaan atau salinan Sijil Penyertaan Kursus Induksi.
TEMPAT KURSUS.
1. UiTM Perak, Kampus Sri Iskandar. 2. Pusat Latihan UiTM Kg.Gajah, Perak.
* tertakluk kepada pindaan.
BORANG PERMOHONAN.
Borang permohonan boleh didapati diBahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Terengganu dan semua permohonan hendaklah melalui bahagian tersebut.
B- Kumpulan II dan III (Kumpulan Sokongan)
1- Induksi Modul Khusus.
- Pegawai atau staf UiTM Kumpulan Sokongan atau yang setaraf dengan kumpulan C & D serta kumpulan sokongan dalam Perkhidmatan Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir.
- Pegawai atau staf UiTM yang baru dilantik melalui kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) pada atau selepas 1 Januari 1997.
- Belum disahkan dalam jawatan.
2- Induksi Modul Umum.
- Kumpulan sokongan dalam gred-gred yang setaraf dengan kumpulan C dan D.
- Kumpulan sokongan dalam gred-gred yang setaraf dengan Perkhidmatan Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir.
- Pegawai atau staf yang baru dilantik atau dilantik melalui Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke Skim Perkhidmatan yang lebih tinggi pada atau selepas 1 Januari 1992.
- Belum disahkan dalam jawatan.
PENGECUALIAN DARI MENDUDUKI INDUKSI MODUL UMUM.
- Kakitangan yang telah mengikuti Kursus Induksi Modul Umum dengan jayanya dan kemudian dilantik atau dilantik melalui kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) ke perkhidmatan lain atau ke perkhidmatan yang lebih tinggi dalam kumpulan yang sama.
- Pegawai-pegawai dalam kumpulan yang setaraf dengan kumpulan B yang telah lulus Peperiksaan Am Kerajaan.
Permohonan pengecualian hendaklah dihantar kepada:
Timbalan Pendaftar Bahagian Pengurusan Prestasi Dan Perkhidmatan Kerjaya Jabatan Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Pendaftar Universiti Teknologi Mara 46450 Shah Alam.
Berserta dengan salinan keputusan Peperiksaan Am Kerajaan atau salinan Sijil Penyertaan Kursus Induksi.