|
Written by Saenah Hasim
|
|
Tuesday, 09 June 2009 09:24 |
|
Ketua Unit Keselamatan DSP / PB Abd Rani @ Mansor Abdullah 09-8400131
Pejabat Polis Bantuan ditubuhkan dengan tujuan menjalankan tugas menjaga keselamatan dan mengawasi perkara-perkara yang boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kesentosaan, keamanan, ketenteraman serta mengawal keselamatan harta benda dan nama baik Universiti Teknologi MARA (Terengganu).
Definisi Keselamatan (Security)
Diberi definisi sebagai sentiasa berada didalam keadaan terselamat (as the state of being secure) iaitu bebas dari sebarang bahaya, risiko, jenayah, gangguan, pengkhianatan dan pencerobohan yang akan mendatangkan mudarat kepada kesentosaan, keamanan serta keselamatan moral dan prestasi Universiti atau kampus.
Tugas-tugas Pejabat Polis Bantuan 1. Tanggungjawab untuk menjaga keselamatan harta benda UiTM. 2. Menjaga ketenteraman di dalam kampus supaya tidak berlaku kekecohan yang boleh mendatangkan mudarat kepada pelajar dan kakitangan. 3. Bertanggungjawab bagi mencegah atau memadam kebakaran. 4. Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar dan kakitangan atau mana-mana orang yang memintanya setakat yang dapat dibuatnya tanpa mengabaikan tugas dan tanggungjawab. 5. Bertanggungjawab mengawal lalulintas, tempat letak kereta dan menguruskan kemalangan jalanraya. 6. Menguatkuasakan disiplin pelajar seperti yang termaktub didalam Akta UiTM atau lain-lain peraturan yang dikeluarkan oleh mana-mana bahagian dari masa ke semasa. 7. Melaksanakan tugas-tugas keselamatan yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan mengenai aturcara tugas di Pos-pos Kawalan. 8. Penyelenggaraan kad-kad keluar/masuk pelajar di pos pintu keluar/masuk kampus. 9. Membuat laporan segala apa kejadian yang berlaku didalam kampus semasa menjalankan tugasnya. 10. Melaksanakan tugas-tugas yang lain yang ditetapkan dari masa ke semasa untuk menjaga keselamatan, ketenteraman dan keharmonian didalam kampus.
CATATAN TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TERPERINCI PENGAWAL BERTUGAS DI POS-POS KAWALAN DISEDIAKAN BERASINGAN.
|
|
Last Updated on Wednesday, 05 October 2011 13:15 |