|
Pengenalan
Biro Penyelidikan dan Perundingan atau bahasa Inggerisnya Bureau of Research and Consultancy (BRC), adalah sebuah biro yang bertanggungjawab mengkoordinasikan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan perundingan oleh ahli-ahli akademik di Universiti Teknologi MARA.
Objektif
- Mentadbir dan mengkoordinasikan aktiviti penyelidikan di UiTM serta menjalin kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan organisasi-organisasi swasta.
- Mengenalpasti dan menerokai bidang-bidang baru penyelidikan di bawah mekanisma IRPA (Intensification of Research Priority Areas). Program ini adalah di bawah naungan MPKSN (Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara), Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar.
- Mengkoordinasi projek-projek perundingan serta mengendalikan kursus-kursus latihan bagi jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun serta organisasi di sektor swasta, sama ada di dalam mahupun di luar negara.
- Menjalin hubungan perdagangan, pembangunan dan penyelidikan dengan industri-industri dan organisasi-organisasi sektor swasta bagi memperolehi keuntungan bersama.
- Menyebarkan penemuan-penemuan penyelidikan dan menggalakkan aktiviti penyelidikan yang berterusan untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran di UiTM, sesuai dengan status universiti yang diberi.
Jenis perkhidmatan
Terdapat 3 unit perkhidmatan yang disediakan yang merangkumi aktiviti-aktiviti penyelidikan bidang Sains dan Teknologi, Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, dan Perundingan.
Pelanggan
Kesemua kakitangan akademik UiTM berhak memohon dan boleh mendapatkan perkhidmatan daripada biro ini. Penglibatan aktif kakitangan UiTM sangatlah dialu-alukan. Penyertaan penyelidikan secara usahasama antara UiTM dan agensi kerajaan atau sektor swasta adalah juga digalakkan.
Kemudahan Kemudahan-kemudahan yang disediakan, di antara lain ialah seperti berikut:
- Kos biaya penyelidikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
- Bantuan pengiraan biayaan kos penyelidikan dan perundingan.
- Bantuan kos penyelidikan 'feasibility / viability'.
- Kemudahan perundingan
- Bantuan menyediakan dapatan-dapatan penyelidikan.
- Bantuan format penulisan laporan.
- Bantuan rujukan senarai 'Directory of Expertise'.
- Bantuan rujukan pangkalan data penyelidikan yang sedang berjalan dan yang telah tamat.
|
|
Last Updated on Wednesday, 26 August 2009 13:52 |