Sokongan dan penghargaan kepada pasukan e-sport Daerah Dungun yang telah memenangi 1 pingat emas dan 1 pingat perak

UiTM Cawangan Terengganu telah dipilih sebagai penasihat dan penyokong kepada kontigen sukan e-sport Daerah Dungun bersempena dengan Sukan Terengganu (SUTERA). Penganjuran SUTERA yang diadakan secara dwi tahunan berselang seli dengan penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA) melibatkan beberapa acara sukan seperti bola, hoki, sepak takraw, badminton, pingpong dan termasuk juga e-sport. Dalam temasya sukan tersebut, pasukan e-sport Daerah Dungun telah mendapat 1 pingat emas dan 1 pingat perak.
Sebagai penghargaan, Rektor telah meraikan sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada pasukan yang telah bertanding. Semoga kejayaan dapat diteruskan lagi dan jalinan kerjasama antara universiti dan masyarakat setempat dapat diperkukuhkan lagi.