YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan
PERINGATAN MESRA: KAJIAN PELAKSANAAN PENILAIAN OPEN BOOK DAN CLOSE BOOK DI UiTM
Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.
Selaras dengan pentaksiran dan penilaian secara ODL, BPPA berhasrat mendapatkan maklumbalas pelaksanaan penilaian secara Open Bookdan Close Book bagi pensyarah dan pelajar UiTM. Kajian ini dibiayai oleh Geran Profesor UiTM di bawah tajuk projek Critical Analysis of Open Book Exam Implementation in UiTM (600-RMC/GPP 5/3 (009/2021).
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesediaan, pengalaman dan persepsi pensyarah dan pelajar dalam pelaksanaan penilaian secara Open Bookdan Close Bookyang menjadi kebiasaan dalam situasi ODL pada masa ini.
Berikut disertakan dua pautan:
Pensyarah : https://forms.office.com/r/ZuzF6DzXEi
Pelajar : https://forms.office.com/r/NVyvPYyHFE
Pihak memohon kerjasama setiap PTJ untuk membuat hebahan kepada pensyarah dan pelajar. Kerjasama YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Prof./tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
PROF. MADYA Ts. DR. SYAMSUL NOR AZLAN MOHAMAD
Pengarah
Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik