Soal selidik CerBiS 2021

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan Salam Sejahtera 
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Soal selidik CerBiS dijalankan untuk mendapatkan pandangan dan persepsi staf dan pelajar UiTMCT terhadap pengurusan persekitaran di UiTMCT bagi ketiga-tiga kampus (Dungun, Bukit Besi dan Kuala Terengganu). Maklumbalas yang diterima dari soal selidik ini akan dilapor dan dibentangkan kepada pihak Pengurusan UiTMCT dalam mesyuarat MKSP bagi membolehkan tindakan susulan diambil untuk tujuan penambahbaikan berterusan.
 
Bagi tahun 2021, kumpulan sasaran untuk menjawab kaji selidik ini adalah semua staf UiTMCT (akademik & sokongan) dan semua pelajar kampus UiTMCT (kecuali kepada pelajar semester 1 Diploma dan Ijazah Sarjana Muda semester Okt 2021 – Feb 2022).  Soal selidik secara atas talian boleh dijawab mulai 22 Febuari 2022 sehingga 17 Mac 2022  melalui capaian https://forms.gle/GrwcSziKqJyeAyx66.  
 
Kerjasama semua pensyarah untuk menguar-uarkan kepada  pelajar masing-masing juga amat dihargai. Untuk makluman, ruangan ID Staf merujuk kepada nombor pekerja. Sekiranya tiada nombor pekerja, tuan/puan bolehlah mengisi nombor kad pengenalan masing-masing. Sebarang cadangan penambahbaikan amat dialu-alukan dengan mengisi bahagian cadangan.
 
Semoga maklumbalas Tuan/Puan akan menyumbang kepada penambahbaikan yang signifikan terhadap persekitaran kerja di UiTMCT kita yang tercinta.
 
Sekian.  Terima kasih
7425178
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4767
4111
15506
7375272
87515
336126
7425178

Your IP: 10.0.31.50
2024-04-16 23:30

CONTACT US

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Tel   : +609 8400 400
Faks : +609 8400 107

 

 

 

e-Book Cerita Kampus