Soal Selidik CerBiS UiTM Cawangan Terengganu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan Salam Sejahtera 

 

YBhg.Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

 

Soal Selidik CerBiS UiTM Cawangan Terengganu

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Soal selidik CerBiS dijalankan untuk mendapatkan pandangan dan persepsi staf dan pelajar UiTMCT terhadap pengurusan persekitaran di UiTMCT bagi ketiga-tiga kampus (Dungun, Bukit Besi dan Kuala Terengganu). Maklumbalas yang diterima dari soal selidik ini akan dilapor dan dibentangkan kepada pihak Pengurusan UiTMCT dalam mesyuarat MKSP bagi membolehkan tindakan susulan diambil untuk tujuan penambahbaikan berterusan.
 
Bagi tahun 2023, kumpulan sasaran untuk menjawab kaji selidik ini adalah semua staf UiTMCT (akademik & sokongan) dan semua pelajar kampus UiTMCT (kecuali kepada pelajar semester 1 Diploma dan Ijazah Sarjana Muda semester Mac - Ogos 2024).  Soal selidik secara atas talian boleh dijawab mulai 1 April 2024 sehingga 31 Mei 2024  melalui capaian https://forms.office.com/r/05YsTKJTXy

 
Kerjasama semua pensyarah untuk menguar-uarkan kepada  pelajar masing-masing juga amat dihargai.  Untuk makluman, ruangan ID Staf merujuk kepada nombor pekerja.  Sekiranya tiada nombor pekerja, tuan/puan bolehlah mengisi nombor kad pengenalan masing-masing. Sebarang cadangan penambahbaikan amat dialu-alukan dengan mengisi bahagian cadangan.
 
Semoga maklumbalas tuan/puan akan menyumbang kepada penambahbaikan yang signifikan terhadap persekitaran kerja di UiTMCT kita yang tercinta.
 
Sekian.  Terima kasih

 

 

اوسها، تقوى، موليا

 

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

7510290
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2577
4696
11832
7449529
172627
336126
7510290

Your IP: 10.0.31.50
2024-04-30 12:37

CONTACT US

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Tel   : +609 8400 400
Faks : +609 8400 107

 

 

 

e-Book Cerita Kampus