Kelebihan bagi pelajar daripada keluarga B40 yang mengikuti program Pra Diploma ini adalah;
a) Tidak perlu membayar yuran pengajian.
b) Percuma kolej kediaman
c) Mendapat elaun sara diri iaitu sebanyak RM800 hingga RM1700 (1 semester) (berdasarkan pendapatan ibubapa)
Bagi pelajar daripada keluarga bukan B40 iaitu pendapatan ibubapanya RM5000 dan ke atas yang mengikuti program Pra Diploma ini, mereka:
a) Perlu membayar yuran pengajian.
b) Perlu membayar yuran kolej kediaman (jika tinggal dikolej)
c) Tidak mendapat elaun diri
Sila layari laman sesawang https://online.uitm.edu.my/PPT untuk proses permohonan dengan menggunakan No Pin yang akan diberi secara PERCUMA.
Bagi calon yang tinggal di Terengganu, calon perlu memohon No Pin dengan menghantar email ke alamat email seperti berikut;
Calon dari daerah Dungun, Marang dan Besut email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Calon dari daerah Kemaman, Hulu Terengganu dan Setiu email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Calon dari daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Maklumat yang perlu diberikan dalam email untuk mendapatkan No Pin bagi kemasukan ke Pra Diploma UiTM adalah seperti berikut;
NAMA CALON :
NO MYKAD CALON (tanpa dash) :
NO TEL BIMBIT :
ALAMAT RUMAH :
Bagi Fasa 1, tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Julai 2022.
Disertakan maklumat program untuk rujukan. [Klik]
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Kampus Dungun - 09-8403712 /823 /703 /704
Kampus Bukit Besi - 09-8335109 /5105 /5108
Kampus K. Terengganu - 09-6216600 /6718 /6720
Kepada semua warga OKU UiTM, permohonan Bantuan Kewangan Warga OKU UiTM (BKWO-UiTM) kini dibuka mulai 24 Jun 2022 sehingga 8 Julai 2022 . Bantuan ini adalah hasil daripada inisiatif prihatin UiTM melalui Tabung Cakna OKU UiTM yang telah ditubuhkan pada Mac 2020.
Justeru itu semua warga OKU UiTM yang berdaftar dengan Unit Perkhidmatan OKU UiTM seperti berikut dipelawa untuk memohon BKWO-UiTM:
1) Pelajar OKU (berstatus aktif)
2) Staf OKU (Tetap atau Kontrak)
3) Staf Mempunyai Tanggungan OKU (Pasangan /Anak Kandung / Anak Angkat / Ibu Bapa / Adik Beradik Kandung), dengan bukti menetap bersama.
Bersama-sama ini disertakan borang permohonan. Maklumat lanjut juga boleh didapati dipautan di bawah:
https://padlet.com/linda512/UPOUiTM
Sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi pihak UPO UiTM melalui Aplikasi Whatssapp: 03-5543 5063
Unit Perkhidmatan OKU UiTM (UPO UiTM)
Pejabat Naib Canselor
Universiti Teknologi MARA
PENYEDIAAN POSTER HEBAHAN KEJAYAAN/ PENCAPAIAN WARGA.
MOHON ISIKAN MAKLUMAT TERSEBUT:
Setinggi-Tinggi Tahniah Kepada
Nama penuh
Jawatan
Bahagian/unit/fakulti
Pencapaian
Daripada Rektor & seluruh warga UiTM Cawangan Terengganu
Mohon sertakan sekali gambar rasmi penerima/pemenang dan softcopy sijil (jika berkaitan)
Hantar whatsapp kepada:
www.wasap.my/60123619145