Bantuan Khas Warga OKU UiTM 3.0

 

Kepada semua warga OKU UiTM, permohonan Bantuan Kewangan Warga OKU UiTM (BKWO-UiTM) kini dibuka mulai 24 Jun 2022 sehingga 8 Julai 2022 . Bantuan ini adalah hasil daripada inisiatif prihatin UiTM melalui Tabung Cakna OKU UiTM yang telah ditubuhkan pada Mac 2020.

Justeru itu semua warga OKU UiTM yang berdaftar dengan Unit Perkhidmatan OKU UiTM seperti berikut dipelawa untuk memohon BKWO-UiTM:

1) Pelajar OKU (berstatus aktif)
2) Staf OKU (Tetap atau Kontrak)
3) Staf Mempunyai Tanggungan OKU (Pasangan /Anak Kandung / Anak Angkat / Ibu Bapa / Adik Beradik Kandung), dengan bukti menetap bersama.

Bersama-sama ini disertakan borang permohonan. Maklumat lanjut juga boleh didapati dipautan di bawah:

https://padlet.com/linda512/UPOUiTM

Sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi pihak UPO UiTM melalui Aplikasi Whatssapp: 03-5543 5063

 

Unit Perkhidmatan OKU UiTM (UPO UiTM)
Pejabat Naib Canselor
Universiti Teknologi MARA